بسم الله الرحمن الرحيم
Akhwatfillah... Janji Allah itu benar. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang telah Allah beri kepada kita, apalah sangat. Firman Allah S.W.T. :
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya."
(Ibrahim : 34)
Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Jum! Pandang di sekitar kita. Apa yang kurang. Tak ada kan...? Segalanya cukup!
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil!
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah!
Firman Allah :
"Jangan takut, jangan berdukacita."
(Al-Ankabut : 33)
Menagapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengannya mungkin dia tidak layak hidup di dunia ini. Masalah besar yang akan terus kita hadapi selama masih di dunia ialah hasutan syaitan dan iblis durjana. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.
Syaitan yang sentiasa mengajak kita melakukan kejahatan dan maksiat. Itu masalah yang sangat sangat besar! Sebab itulah, mujahadatun-nafs adalah asas perjuangan jihad manusia di bumi ini.
Iblis telah bersumpah dengan Allah S.W.T. bahawa dia akan mengganggu, menggoda dan menyesatkan Bani Adam. Ia akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa, sehinggalah kita kembali kepada Allah. Ini sebenarnya yang dikatakan masalah yang harus dihadapai. Yang selain itu, kita anggap ia hanya asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa, akal dan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana terasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Akhwatfillah... Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah, kita berusaha, Allah jua yang menentukan. Akhir sekali, sentiasalah mengukir senyuman di bibir kita walau hati sedang berduka. (^_^)
Wallahu'alam..
Salam..
- anim -
No comments:
Post a Comment