بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum...
Dah empat hari kita melepasi tahun baru. Dan sekarang umur Anim dah pun 21 tahun (kalau ekot tahun la...). Tapi serasa tak cukup pun amalan, ibadah, yang mana Anim seharusnya hamparkan semuanya seluas-luasnya untuk menggapai redha Allah tu. Sedih nye (T_T)... Sedangkan Anim tau yang tujuan kita diciptakan kat dunia ni untuk apa. Anim dan akhwat lain slalu je tadabbur ayat tu.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
( QS. Az-Dzariyat [51:56] )
Wahai diri! Bangkitlah! Bergeraklah demi jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Dakwah itu tak memerlukan kita pun, tapi kita sebenarnya yang memerlukan dakwah ini (kata-kata murobbi). Berebutlah untuk dapat redha Allah. Nama blog sendiri pun "Fastabiqul Khoirot"..... Tapi... :/
Sebenarnya nak crita pasal sesuatu yang semakin mendekat kat diri ni n orang lain jugak. Kalau sebut je pasal hal yang semakin mendekat ni, kalau hati kasar mesti cakap "takde apa lah!" Kalau hati nafsu pulak "toksah susah-susah nak pikir, enjoy je!" Sedangkan hati beriman biasanya akan berkata "diri ini semakin dekat dengan kematian..." Kita pulak, kategori yang mana satu? Anim sendiri???
"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
( QS. Al-Jumu'ah [62:8] )
Yang mendekat sekarang ni sebenarnya adalah imtihan, yakni exam final untuk semester ni. Insya Allah, tanggal 9 Januari nanti sampailah 20 Januari. Kadang-kadang Anim terfikir sendiri, dan mungkin orang lain pun fikir benda yang sama. Kita ni hadapi imtihan dunia secara hebat. Sangat hebat! Untuk kita 'Cemerlang! Gemilang! Terbilang!' dalam imtihan tu, banyak yang kita korbankan.
Ala... Nak contoh pulak??? Ok-ok! Contohnya, kita sanggup belajar sampai lupa makan minum, kita silent fon, off terus pun sanggup. Lagi, beli je makanan kat luar, sebab kalau masak nanti banyak buang masa kat dapur, tapi subjek masih banyak tak khatam lagi. Huhu... Mata pulak bengkak-bengkak sebab tak tidur, dan nak pulak minum kopi yang banyak caffein tu semata-mata nak stay-up malam. Aduhai...
Ala... Nak contoh pulak??? Ok-ok! Contohnya, kita sanggup belajar sampai lupa makan minum, kita silent fon, off terus pun sanggup. Lagi, beli je makanan kat luar, sebab kalau masak nanti banyak buang masa kat dapur, tapi subjek masih banyak tak khatam lagi. Huhu... Mata pulak bengkak-bengkak sebab tak tidur, dan nak pulak minum kopi yang banyak caffein tu semata-mata nak stay-up malam. Aduhai...
Hebat kan? Tapi pernah ke kita hebat macam tu untuk hadapi imtihan akhirat nanti?
Pernah ke kita tak makan minum sebab nak beribadah kepada Allah? Silent fon bila nak solat? Khatam Al-Qur'an dalam masa sehari? Stay-up untuk qiyam pulak?? Sampaikan selalu terlebih makan, solat pun lewat! Aduhai lagi...
Baru perasan kan? Kita takut sangat nak menghadapi imtihan dunia ni, exam semester je pun. Tapi kita tak gentar dengan imtihan akhirat, sedangkan mati itu benda yang PASTI!
Anim pernah terbaca blog seorang hamba Allah, tak ingat la nama dia. Dia cakap, dari yang dia baca jugak la... Kalau nak jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat, ada tips nye... Meh Anim nak share.
- Orang yang menjaga waktu solatnya.
- Orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha.
- Orang yang selalu berselawat dan beristighfar.
- Orang yang istiqomah dengan wudhuknya.
Jum jadi orang berjaya dunia akhirat! Kepada akhwat-akhwat IAIN, akhwat-akhwat yang kat Jakarta, Bandung, Jogja, Medan, kat Malaysia, Jepun, UK, US, dan semuanya, smoga berjaya dalam imtihan ni. Kita buatlah kerana redha Allah. Ok! Lagi satu, walaupun kita jauh, kita sendiri tahu, yang kita saling sayang sesama kita. :) Doa Robithah tu la buktinya. (^_^)
Wallahu'alam...
Salam...
- farha -
No comments:
Post a Comment