Thursday, July 24, 2014

Ramadhan Hazihi As-Sanati

Assalamu'alaikum...

Lama sangat dah Aneem tak update blog ni. Dekat setahun dah kosong. Hambar. Tiba-tiba pulak kali ni ada post edisi Ramadhan. Alhamdulillah lah, sebab masih diberi kesempatan lagi nak update post.

Takpe la kalau cuma sekali sekala post. Sebab kalau selalu sangat post pun, bila lisan tak dijaga waktu sedang menaip, tulisan pulak hasilnya adalah perasaan tak puas hati dan sampai sumpah seranah pun boleh ditaip. Jangan lupa, tulisan kita di media sosial macam FB, WC, Twitter, Path, dll tu Allah catat tau. Jangan ingat kita boleh lepas. Semua tu akan dipertanyakan di akhirat kelak. Na'udzubillahi min zalik! Semoga kita tak tergolong dalam golongan pendusta.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni Aneem dapat khatam 2 kali untuk tilawah sendiri. Bila dah biasa dengan program ODOJ, bulan Ramdhan pulak kita mesti rasa nak buat lebih dari bulan lain. :)

Btw, tilawah banyak kali pun, ia bukan yang kita nak sebenarnya. Apa yang kita nak capai adalah TAQWA. (2:183) Tilawah tu sebagai media je selain kita boleh qiamullail, tarawikh, tadarus, sedekah, dll. Hanya orang yang beriman sahaja Allah panggil untuk berpuasa dan dapat mencapai taqwa tu. Adakah kita ni tergolong di dalam orang yang beriman?

Ada la beberapa sahabat pelik, tanya kenapa Aneem berbeda sebulan ni? Ada yang pelik Aneem tak seperti biasanya. Takpe la, manusia memang ada sikap suka men-judge orang, kita ni tak dapat nak menghalang semua tu.

Sebelum bulan Ramadhan  tiba, Aneem dah dapat call dari seorang akhwat (Kak Tikah) yang kerja di MLNG Bintulu, Aneem dijemput untuk jadi penceramah kat sana hari Jumaat minggu ke-2 Ramadhan. Dia list-kan tajuk ceramah untuk Aneem, dan akhirnya Aneem pilih 'Andai Ini Ramadhan Terakhir'. Sungguh, waktu cari bahan untuk ceramah tu, beberapa kali Aneem nangis sebab takut ni adalah Ramadhan terakhir bagi Aneem sendiri. Setiap pagi ba'da Shubuh, bagi tazkirah dengan students tentang Ramadhan, taqwa, Lailatul Qadar, dll. Semua kembali kat diri sendiri. Since that, Aneem bertekad, 'Wahai diri, beramallah, beribadahlah sebanyak mungkin, anggap ini Ramadhan terakhir kamu!' 

Ramadhan kali ni, Aneem hanya nak bentangkan hanya untuk Allah. Hanya untuk Allah. Bercakap bila perlu, diam lebih banyak, bekerja lillahi ta'ala, no tv, no mp3, no hp. Memang kadang hp diperlukan, tapi untuk apa yang perlu saja lah, nak chatting bergurau lebih, Aneem tak layan. 10 orang tanya, 1 Aneem jawab.

Sebab apa? Sebab Aneem hanya nak fokus pada satu hal sahaja. Berkhalwat dengan Allah, beruzlah ditemani Allah, berduaan bersama Allah. Sebab Aneem tahun siapa Aneem. Sekali orang ajak bergurau, bersenda, berborak, berchatting, kelamaan la Aneem terperangkap dalam kondisi tu. So, Aneem hold sekejap, Aneem jadi orang lain buat masa ni. Ada beberapa yang faham, sebab mereka pun bertekad macam Aneem jugak. Dan ada yang tak faham, terus menuduh, bersangka, su'udzhon macam-macam, dan Aneem hanya diam.

I just want to please Allah, not a human.

Aneem harap setelah keluar dari Madrasah Ramadhan ni, Aneem dapat hadapi 11 bulan ke depannya sebagai seorang yang betul-betul please Allah, nak jadi hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani sahaja. Dan berharap akan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan akan datang, dan akhirnya kelak akan lebih baik, husnul khotimah. Amin Allahumma Amin...

Menangis Aneem bukan sebab mereka yang tak memahami. Menangis Aneem sebab Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Menangis Aneem sebab takut tak bertemu lagi dengannya. Sedih sangat.


Ramadhan is like a rare flower. That blossoms once a year, and just as you begin to smell its fragrance, it disappears for another year. :'(

Farha Fillah,
Kuching.

Thursday, October 3, 2013

Rabb, Mudahkanlah.

Bismillah...

Bila kita tak putus doa kepada Allah. Di kala susah mahupun senang, pasti Allah jawab doa kita. Allah itu Maha Dekat. Lebih dekat dari urat leher kita.

Alhamdulillah... Sedang diri berkerah memikirkan masalah apa yang hendak dijadikan judul skripsi / tesis, Allah bagi sekali sampai dua.

Pertama, dari Pak Agus. Idea dan ilham yang datang dari Pak Agus muncul sewaktu beliau menerima kad jemputan pernikahan salah seorang pegawai Fakultas Dakwah. Alhamdulillah, Farha senang dan sangat suka dengan permasalahan yang beliau usulkan. Jadi, Farha mulai merangka apa yang perlu dikerjakan...

Allah mudahkan lagi bila Ibu Yusria pula yang mengusulkan sebuah idea permasalahan yang sangat keren, kata orang di sini. Subhanallah... Farha juga suka dengan idea yang Ibu Yusria usulkan... Dan Farha mulai berfikir-fikir rangkaian tentang judul itu nanti.

Syukur Alhamdulillah... Allah menjawab doa Farha. Hanya saja Farha perlu memilih yang terbaik, yang mana terbaik itu juga pasti dari Allah... Insya Allah, ingin menamatkan kuliah S1 semester ini bersama teman-teman yang terpilih. Insya Allahu Ta'ala.


Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba, terutama urusan dunia akhirat hamba, keluarga hamba, dan sahabat hamba. Amin. Amin. Allahumma Amin...

-Farha Fillah, Surabaya-

Wednesday, March 6, 2013

Hari Pertama Kuliah Gini?

Assalamu'alaikum...

Lama tak update. :( Nak update semalam, tapi asyik tangguh je. Baik post sekarang! Hehe

Alhamdulillah, Farha selamat sampai di Surabaya malam ahad lepas, dekat nak kol 12. Fiuhh... Penat jugak, sampai tak sempat cuci muka nak tidur.

Esoknya, Farha dengan Sarah tak turun kuliah sebab masih penat n sibuk kemas bilik study, lipat baju n so on laah. Syukur, selesai semuanya...

Selasa nya pulak, Farha n Sarah siap awal, sebab kuliah jam 7.45 pagi. Dengan lafaz "bismillahi tawakkal tu 'ala Allah...", kami pun meninggalkan rumah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa di kampus. Dalam perjalanan yang ambil masa hampir 10 minit tu, Farha n Sarah sempat tanya sama sendiri, macam mana la rupa Fakultas Dakwa sekarang? Sebab semester lepas, fakultas kitorang roboh, n ada renovasi. Hmm... Dah siap ke belum? Itu yang kami tanya-tanyakan.

Ke Gang Dosen sebagai laluan utama mahasiswa, n ada kampung di belakang.
Fakultas Dakwah (kanan) dan Fakultas Adab (kiri), sedang direnovasi.
2 visual di atas ni, Farha captured waktu bulan Januari. Katanya, akan siap bila mahasiswa masuk kuliah semester genap nanti, kira sekarang laa. Tapi sebenarnya............. Tak siap lagi. Adab dah siap, tapi Dakwah pulak tak siap-siap lagi, sedangkan Dakwah dulu yang dirobohkan. Apa ni????

Sampai je Farha n Sarah di kampus, terus dengar bunyi riuh rendah, ada yang tak kena agaknya. Tapi saking lamanya tak jumpa sahabat sekelas, Farha dok salam-peluk-cipi dengan diorang. Apa lagi bila jumpa Putri n Luluk, Farha teruja sangat, rindu diorang. :')

Oke... Sebenarnya bising yang kami dengar tadi sebab ada demo oleh mahasiswa kat depan bangunan Fakultas Dakwah tu. Sampai bakar-bakar, kami yang sepatutnya ada kuliah ni, tak dibenarkan masuk. Ada yang try masuk, tapi kena halau oleh senior Dakwah, sampai nak bertumbuk dah Farha tengok. Ya Allahu Rabbi... Diorang tak puas hati dengan bangunan fakultas yang tak siap-siap lagi. Hmm... 

Farha sempat ambik gambar kejadian, dengan ditemani Sarah. Hehehe...

Fakultas Adab ni renovasinya mula lambat dari Fakultas Dakwah, tapi dah siap dulu.
Para dosen Adab tengah bincang pasal kejadian di Dakwah.
Mahasiswa Fakultas Dakwah tersadai di pinggir Fakultas Tarbiyah dan Adab.

Mahasiswa Dakwah berkumpul sebab Bapak Dekan Dakwah mula turun padang.
Gedung B Dakwah yang tak siap-siap lagi. Mahasiswa unjuk rasa dengan buat penghadang guna tali nilon, bakar-bakar, n tulis kat papan coklat tu, 'Fakultas Disegel', yang lebih kurang maksudnya, Fakultas ditutup, dikunci. Tunjuk diri tak nak masuk kuliah.
Jalan ke Gedung A dan B Fakultas Dakwah juga disegel.
Pak Aswadi (Dekan Fakultas Dakwah sedang bagi penjelasan kat mahasiswa yang unjuk rasa.
Tenang je Pak Aswadi berbincang dengan mahasiwa-mahasiswanya. 
Aduhai Fakultas Dakwah... Aduhai Mahasiswa Dakwah...
Semoga, dan kami berharap sangat fakultas dapat disiapkan secepatnya. Bukan apa... Jujur Farha cakap, result Farha n sahabat-sahabat lain yang juga mahasiswa Dakwah, banyak yang tak lebih baik dari result sebelumnya. Sedih...

Semoga semester ini lebih baik, ya Allah...

Doakan kami...

- Farha Fillah, Surabaya -

Monday, October 15, 2012

Kota Itu Berbahasa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum...

Sekadar sebuah cerita bosan yang ingin Farha kongsikan...

Sabtu wa Ahad kemarin. Farha dan Kak Long jalan-jalan refreshing ke Kota Pare. Sebuah perjalanan yang sangat mencabar dari sebelum semasa dan selepas. Pun boleh dikatakan rehlah mujahadah jugak kan, kalau perjalanan tu diniatkan kerana Allah Ta'ala dan niat ke sana pun baik. Insya Allah... :D

Sebelum menjejakkan kaki kat sini, kawan-kawan Indonesia selalu cerita, yang Kota Pare ni memang tempat menuntut ilmu berbahasa asing.

Betul, bila dah sampai, kiri kanan depan belakang, banyak sangat institut, camp, pusat tuisyen, cariklah bahasa apa pun... Sampaikan penjual bakso tepi jalan pun speaking in English. Bahasa Arab takyah cakaplah, dah macam orang Arab asli.

Salute! Subhanallah...

Alhamdulillah... Dapat kenal dengan keluarga angkat Kak Long. Sebab Kak Long pernah menuntut kat sini, ambil kelas Bahasa Arab. Alhamdulillah, dia dah mantap sekarang. :DD Hmm... Seronok sangat dapat kenal Bunda, Ayah, Algo, Dek Ad...

Dan Isnin lepas, Bunda kol Kak Long, dia cakap Dek Ad rindu Farha... :') Dalam masa sehari dah rindu merindu. Sebab keluarga tu penuh sangat dengan kasih sayang. Farha yang baru sehari sampai Pare ni, pun Bunda Ayah dah anggap macam anak sendiri. Jiran sebelah rumah, Ya Allah, Subhanallah..., baik sangat-sangat-sangat.

Ya Rabb... Rindu mereka. :'(

Eh! Farha dan Kak Long sempat dihipnotis loh. Hehe. Oleh Mr Sam. Mr. Sam pun ada cakap, kalau nak belajar ilmu-ilmu hipnotis ni, datanglah Pare, dia berbesar hati nak ajar. Sebab kebetulan course yang Farha ambil sekarang, memang sesuailah ada ilmu hipnotis tu. Insya Allah...

Dan Insya Allah Ta'ala. Farha akan datang lagi ke kota seribu bahasa ni. Nak mantapkan B.Inggeris wa B.Arab, wa ilmu hipnotis. :)) Permudahkan ya Rabb.

Salam...
- farha -

Sunday, September 23, 2012

Perkenanlah Ya Rabb

بسم الله الرحمن الرحيم



Rabb...
Aku datang pada-Mu dengan penuh kepasrahan.
Ketika dihadapkan dengan pilihan-pilihan terberat.

Rabb...
Beri ketetapan hati untukku.
Hati yang terbaik yang sama-sama kita lihat.
Hati yang bukan saja menyejukkan dalam pandanganku.
Tapi hati yang telah kau lihat sampai menembus relung kalbunya.

Allah yang Maha Kuasa...
Maha melihat masa depan.
Maha mengetahui yang akan terjadi.
Engkau jua yang mengetahui keinginan terdalam hatiku.

Ya Allah...
Jika mendambanya adalah kesalahan.
Dan merindunya adalah kekeliruan.
Tolong jangan biarkan hati ini terbuai dalam keindahan fatamorgana semu.

Jika kesempurnaannya bukan untukku.
Tolong bawa jauh dari relung hati.
Hapuskan khayalan keindahan tentangnya.
Dan jangan biarkan aku terlena dalam keindahannya.
Gantikan aku dengan kesempurnaan yang sebenarnya untuk dia.

Perkenankanlah Ya Allah.
Doa hamba-Mu yang hina dina.

Allahumma amin...
Allahumma amin...
Allahumma amin...

Wednesday, September 19, 2012

Berbahagialah

Bismillah...

Dengan kondisi hati yang sebak, jiwa berkata.....


Insya Allah...

Bila kita ikhlas,

Bila kita redha,

Dan bila kita berdoa,

Supaya dia diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,

Dan bila kita berharap,

Dia akan hidup aman bahagia dengan si dia yang telah Allah takdirkan untuk dia,

Maka rasa sakit ditinggal itu akan hilang,

Rasa sunyi akan terubat,

Insya Allah.

Yang paling penting adalah, Allah selalu bersama kita. :')

Wednesday, August 29, 2012

Luahan Hati Untuk Dirasa


Bismillah...

Cinta...? Tidak cinta...?  :'(

Semua perasaan itu akan kembali kepada-Mu.

Kami hanya menerima titipan. Dan semua itu sungguh kerana-Mu.

Ya Rabb, Engkaulah alasan semua kehidupan ini.

Engkaulah penjelasan atas semua kehidupan ini.

Perasaan itu juga datang dari-Mu, ya Allah...

Wahai semua pencinta di dunia.

Katakanlah ikrar cinta itu hanya kerana-Nya.

Katakanlah semua kehidupan itu hanya kerana Allah.

Katakanlah semua getar rasa itu hanya kerana Allah.

Semoga Allah Yang Maha Pencipta, Yang menciptakan dunia dengan kasih sayang mengajarkan kita tentang cinta sejati.

Semoga Allah memberikan kesempatan kepada kita untuk memandang wajah-Nya :')

Wajah yang akan membuat semua cinta dunia layu bagai kecambah yang tak pernah tumbuh.

Layu bagai api yang tak panas membakar. Layu bagai sebogkah ais yang tak pernah membeku.

Allahu Rabbi, izinkan aku bertemu dengan-Mu.