Tuesday, October 25, 2011

Marah Kerana Mahabbah!


Aku marah!
Aku sangat marah!
Aku punya hak untuk marah!

Marah aku jika mereka menghina ibu bapaku
Marah aku jika mereka menghina agamaku
Marah aku jika mereka menghina murabbi ku

Marah!
Marah aku yang satu ini memang kena pada tempatnya

Aku berhak untuk marah
Kerana mereka menyakiti Kekasih ku
Aku berhak untuk marah
Kerana mereka menghina keluarga Kekasih ku
Aku berhak untuk marah
Kerana mereka menghina Sunnah Kekasih ku

Perbuatan mereka
Percakapan mereka
Sudah cukup menjadi bukti
Dulu, kini dan berterusan mereka
Menyakiti Kekasih yang ku cintai

Aku ini mungkin budak hingusan
Tapi aku punya pendirian
Jangan sesekali hati Kekasih ku kau sakitkan
Kelak kau yang akan mendapat balasan

Aku ini mungkin cetek pengetahuan
Tapi aku punya Allah yang menunjukkan jalan
Aku punya murabbi sebagai panduan
Aku punya mahabbah yang tiada batasan

Kerana mahabbah aku merasa marah
Kerana mahabbah aku takkan mengalah
Kerana mahabbah aku menggerakkan pena

Ya Rasulullah!
Aku ini manusia yang lemah
Tidak punya kekuatan untuk pertahankan mu
Tidak punya kekuatan untuk pertahankan keluarga mu
Tidak punya kekuatan untuk pertahankan Sunnah mu

Ya Rasulullah!
Pada Allah jua lah yang aku pohon
Agar dikurniakan kekuatan jiwa
Agar dikurniakan kekuatan cinta
Agar aku bisa terus gagah
Untuk mempertahankan ikatan mahabbah
Untuk mempertahankan aqidah Ahlul Sunnah wal Jamaah

Ya Rasulullah!
Hari ini
Saat ini
Hanya penulisan ku sebagai bukti
Manifestasi mahabbah ku buat Kekasih yang sejati
Moga aku masih dan tetap teguh berdiri
Mempertahankan diri mu duhai Kekasih hati

Buat yang membaca
Bukan aku sengaja biarkan api kemarahan ini terus membara
Bukan juga aku sengaja mahu menyebarkan ia
Cuma aku mahu kita semua bangun dari lena
Cukuplah memberi muka pada yang tidak punya jiwa
Sudah tiba masanya kita sedarkan mereka
Moga kita semua dipinjamkan kekuatan dari Yang Maha Kuasa
Untuk terus pertahankan Kekasih yang mulia

- anim -