Thursday, July 24, 2014

Ramadhan Hazihi As-Sanati

Assalamu'alaikum...

Lama sangat dah Aneem tak update blog ni. Dekat setahun dah kosong. Hambar. Tiba-tiba pulak kali ni ada post edisi Ramadhan. Alhamdulillah lah, sebab masih diberi kesempatan lagi nak update post.

Takpe la kalau cuma sekali sekala post. Sebab kalau selalu sangat post pun, bila lisan tak dijaga waktu sedang menaip, tulisan pulak hasilnya adalah perasaan tak puas hati dan sampai sumpah seranah pun boleh ditaip. Jangan lupa, tulisan kita di media sosial macam FB, WC, Twitter, Path, dll tu Allah catat tau. Jangan ingat kita boleh lepas. Semua tu akan dipertanyakan di akhirat kelak. Na'udzubillahi min zalik! Semoga kita tak tergolong dalam golongan pendusta.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni Aneem dapat khatam 2 kali untuk tilawah sendiri. Bila dah biasa dengan program ODOJ, bulan Ramdhan pulak kita mesti rasa nak buat lebih dari bulan lain. :)

Btw, tilawah banyak kali pun, ia bukan yang kita nak sebenarnya. Apa yang kita nak capai adalah TAQWA. (2:183) Tilawah tu sebagai media je selain kita boleh qiamullail, tarawikh, tadarus, sedekah, dll. Hanya orang yang beriman sahaja Allah panggil untuk berpuasa dan dapat mencapai taqwa tu. Adakah kita ni tergolong di dalam orang yang beriman?

Ada la beberapa sahabat pelik, tanya kenapa Aneem berbeda sebulan ni? Ada yang pelik Aneem tak seperti biasanya. Takpe la, manusia memang ada sikap suka men-judge orang, kita ni tak dapat nak menghalang semua tu.

Sebelum bulan Ramadhan  tiba, Aneem dah dapat call dari seorang akhwat (Kak Tikah) yang kerja di MLNG Bintulu, Aneem dijemput untuk jadi penceramah kat sana hari Jumaat minggu ke-2 Ramadhan. Dia list-kan tajuk ceramah untuk Aneem, dan akhirnya Aneem pilih 'Andai Ini Ramadhan Terakhir'. Sungguh, waktu cari bahan untuk ceramah tu, beberapa kali Aneem nangis sebab takut ni adalah Ramadhan terakhir bagi Aneem sendiri. Setiap pagi ba'da Shubuh, bagi tazkirah dengan students tentang Ramadhan, taqwa, Lailatul Qadar, dll. Semua kembali kat diri sendiri. Since that, Aneem bertekad, 'Wahai diri, beramallah, beribadahlah sebanyak mungkin, anggap ini Ramadhan terakhir kamu!' 

Ramadhan kali ni, Aneem hanya nak bentangkan hanya untuk Allah. Hanya untuk Allah. Bercakap bila perlu, diam lebih banyak, bekerja lillahi ta'ala, no tv, no mp3, no hp. Memang kadang hp diperlukan, tapi untuk apa yang perlu saja lah, nak chatting bergurau lebih, Aneem tak layan. 10 orang tanya, 1 Aneem jawab.

Sebab apa? Sebab Aneem hanya nak fokus pada satu hal sahaja. Berkhalwat dengan Allah, beruzlah ditemani Allah, berduaan bersama Allah. Sebab Aneem tahun siapa Aneem. Sekali orang ajak bergurau, bersenda, berborak, berchatting, kelamaan la Aneem terperangkap dalam kondisi tu. So, Aneem hold sekejap, Aneem jadi orang lain buat masa ni. Ada beberapa yang faham, sebab mereka pun bertekad macam Aneem jugak. Dan ada yang tak faham, terus menuduh, bersangka, su'udzhon macam-macam, dan Aneem hanya diam.

I just want to please Allah, not a human.

Aneem harap setelah keluar dari Madrasah Ramadhan ni, Aneem dapat hadapi 11 bulan ke depannya sebagai seorang yang betul-betul please Allah, nak jadi hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani sahaja. Dan berharap akan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan akan datang, dan akhirnya kelak akan lebih baik, husnul khotimah. Amin Allahumma Amin...

Menangis Aneem bukan sebab mereka yang tak memahami. Menangis Aneem sebab Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Menangis Aneem sebab takut tak bertemu lagi dengannya. Sedih sangat.


Ramadhan is like a rare flower. That blossoms once a year, and just as you begin to smell its fragrance, it disappears for another year. :'(

Farha Fillah,
Kuching.