Wednesday, August 29, 2012

Luahan Hati Untuk Dirasa


Bismillah...

Cinta...? Tidak cinta...?  :'(

Semua perasaan itu akan kembali kepada-Mu.

Kami hanya menerima titipan. Dan semua itu sungguh kerana-Mu.

Ya Rabb, Engkaulah alasan semua kehidupan ini.

Engkaulah penjelasan atas semua kehidupan ini.

Perasaan itu juga datang dari-Mu, ya Allah...

Wahai semua pencinta di dunia.

Katakanlah ikrar cinta itu hanya kerana-Nya.

Katakanlah semua kehidupan itu hanya kerana Allah.

Katakanlah semua getar rasa itu hanya kerana Allah.

Semoga Allah Yang Maha Pencipta, Yang menciptakan dunia dengan kasih sayang mengajarkan kita tentang cinta sejati.

Semoga Allah memberikan kesempatan kepada kita untuk memandang wajah-Nya :')

Wajah yang akan membuat semua cinta dunia layu bagai kecambah yang tak pernah tumbuh.

Layu bagai api yang tak panas membakar. Layu bagai sebogkah ais yang tak pernah membeku.

Allahu Rabbi, izinkan aku bertemu dengan-Mu.