Sunday, December 25, 2011

Kesan "Hafalan Shalat Delisa"

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum...



     

     Anim dah tengok cite "Hafalan Shalat Delisa" ni. Sangat menyentuh hati. Sangat sedih. Akan sangat banyak mengeluarkan air mata dan harus sediakan banyak tisu kalau nak tengok cite tu. Siyes sedih sangat-sangat. (T_T) Cite ni kan kisah benar dari tragedi tsunami yang terjadi kt Aceh 26 Disember 2004 dulu. Seorang anak kecil yang selamat dari tragedi tu, kisahnya dinovelkan oleh seorang pengarang Indonesia, Tere Liye. 

     Sebenarnya, dalam masa yang sama, cite ni mengingatkan kita balik kat Allah SWT. Semua kejadian yang berlaku kat dunia ni dalam genggaman Allah. Yang lagi menakjubkan, semuanya memang dah tercatat dalam Al-Qur'an sebelum bencana-bencana tu terjadi. Subhanallah... 

     Dalam cite ni jugak, banyak lagu-lagu bahasa Aceh. Macam lagu rakyat la... Mungkin sebab penyanyi ni berasal dari Banda Aceh kot. Dan Anim pulak amat sangat terpikat dengan satu lagu dia, yang tajuk nya, Lagu Ibu. Sebab terpikat sangat, Anim pun jadikan lagu ni lagu blog Anim. :') Sedih! Lirik lagu nya... :


* * * * * * * * * *


Lembut ku kenang kasih mu Ibu
Di dalam hati ku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu oh di dalam nadi ku

Sembilan bulan ku dalam rahim mu
Bersusah payah oh ibu jaga diri ku
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diri ku oh ibu buah hatimu

Tiada ku mampu membalas jasa mu
Hanyalah doa oh di setiap waktu

Oh ibu tak henti ku harapkan doa mu
Oh ibu tak henti ku harapkan doa mu
Mengalir di setiap nafas ku
Mengalir di setiap nafas ku
Oh... Ibu... Ibu... Ibu...

Lembut ku kenang kasih mu Ibu
Di dalam hati ku kini menanggung rindu
Engkau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu oh di dalam nadi ku

Indah bercanda oh dengan mu ibu
Di dalam hati ku kini slalu merindu
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diri ku oh ibu buah hati mu

Tiada ku mampu membalas jasa mu
Hanyalah doa oh di setiap waktu

Oh ibu tak henti ku harapkan doa mu
Oh ibu tak henti ku harapkan doa mu
Mengalir di setiap nafas ku
Mengalir di setiap nafas ku
Oh... Ibu... Ibu... Ibu...

"Allahummagh firlii waliwaa lidayyah warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa..."
(Ya Tuhan ku, ampunilah aku dan kedua orang tua ku, dan sayangilah kedua orang tua ku sebagaimana mereka menyayangi ku sewaktu kecil...)

Lembut ku kenang
Kasih mu Ibu


* * * * * * * * * *


Tiba-tiba sedih, rindu ngan ibu. :'(


Off!


Wallahu'alam...
Salam...


-farha-

Friday, December 16, 2011

Aku Khilaf

 بسم الله الرحمن الرحيم



Di kegelapan malam yang hitam pekat ini
Aku menyelak helaian putih satu persatu
Yang hanya ku sentuh saat perlu
Aku menatapnya dengan mata hatiku
Dan datang dengan membawa pena bermata biru
Persis kalbu yang sedang haru biru
Untuk menjernihkan kembali peristiwa pahit itu
Walau baru beberapa detik berlalu

Benar...
Syaitan suka orang yang marah
Hal yang remeh, aku perbesarkan
Masya Allah... Astaghfirullah...
Serasa aku menjadi teman si durjana itu
Aku khilaf, Ya Allah...

Maafkan aku wahai sahabat
Kernanya aku marah denganmu
Kerna aku tidak bijak kendalikan marah
Kau yang aku pinggirkan
Maafkan aku wahai sahabat
Walaupun aku tak layak dimaafkan

Ya Allah...
Sering aku tadabburi firman-Mu yang suci
Surat cinta-Mu yang indah nian itu
Sabar, hormat, ikhlas, istiqomah... amat sangat banyak
Tapi seperti ia tidak terlestari dariku
Ya Allah... khilafnya diriku


Aku sedar
Yang aku lakukan itu salah
Membuat kau menjadi gerah
Dan mengeluarkan semua amarah
Akuu hancurkan kepercayaanmu
Aku mengecewakanmu, buat kau menangis
Merintih dan mungkin membenciku
Sedangkan MAAF itu
Sebuah kata yang mudah diucap
Mudah didengar
Mudah ditulis
Dan mudah diingat
Tapi sulit dilakukan
Terkadang pula hati sulit menerima

Namun, ku tau kau punya hati yang murni
Insya Allah...
1000 kenangan manis kita takkan merosak 1 khilaf ini
Mungkin... kerna inilah kata hatiku
Dan semoga ia benar

Ya Allah... yang memegang hati-hati ini
Kau lembutkanlah hatinya
Semoga kami kembali seperti semula
Ini doaku
Ini harapanku

Untuknya, sahabatku
Sayangku tak pernah sirna untukmu
Love u fillah... :')


Wallahu'alam...
Salam...

-farha-

Tuesday, November 29, 2011

Buat Blog Sebagai Tugasan Kuliah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum...


Dipendekkan cerita, pensyarah mata kuliah Aplikasi Komputer (Bapak Fahmi Tibyan) kelas Anim suruh buat blog sebagai tugasan. Waktu dia bagi arahan tu, Anim tak masuk kelas sebab sakit. Kawan-kawan la yang sampaikan. 


Wah! Best jugak kan ada kerja rumah camni. Anim pun baru buat blog jugak sebenarnya. Lumayan sih... Hehe. 


Nah, tarikh hantar tugasan ni hari ni. Sekarang sedang menunggu masa masuk kuliah ni. Pensyarah ni nak kitorang bagi alamat blog kat dia. Dia nak cek n bagi nilai atau markah yang sesuai.


Ternyata, kawan-kawan sekelas Anim, sama je cam Anim, baru nak mengenal dunia blogger. Kalau tak disuruh buat tugasan ni, mesti tak tau pun ada yang nama nya BLOG! Huhuhu. Kesian kan. Orang lain dah bertimbun post diorang, Anim masih sikit n bisa dihitung dengan jari koq. :D


Takpe, kata orang, sikit-sikit, nanti jadi bukit jugak. Ni sebagai titik tolak untuk kita sharing dengan orang lain.


Buat temen2 yang 1 kelas dengan ku, kalau mau tanya, monggo. Takok'no ae. Insya Allah, aku bantu walaupun gak banyak.Kita sama-sama masih belajar. :) Ojok rasa terbeban dengan PR kayak ngene. OK! ;)


















Wallahu'alam...
Salam...


-anim-

Saturday, November 26, 2011

Sunnah Di Balik Sindiran Mereka

 بسم الله الرحمن الرحيم


*Di sebuah restoran mahal...*


Seorang gadis bertudung makan seorang diri.


Tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah...


Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :


" Gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni, pastu makan guna tangan pulak tu... Ni mesti tak reti pakai sudu dan garfu kan... "


Seorang anak muda pulak menyampuk :


" Ish! Muka cantik tapi makan sampai licin pinggan. Malu doh kalau aku jadi bf dia... kalau awek aku makan tak sampai separuh pinggan... Diet katakan, nak jaga badan... "


Seorang lagi berkata :


" Eww! Tengok tu... Sampai menjilat jari doh... Geli aku. Pengotor rupanya awek ni..... "


Kemudia datang seorang lelaki yang tak dikenali berjalan, datang ke arah kumpulan remaja itu.


" Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah, bukan kerana dia gadis kampung. Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tak tau malu. Dan gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah, bukan kerana dia pengotor... "




* * * * *


Setiap perbuatan itu pasti ada hikmahnya. :)


-copied-


Wallahu'alam..
Salam..


-anim-

Tuesday, November 1, 2011

Kangen Berat kat My Baby Boo... T_T

 بسم الله الرحمن الرحيم


My Baby, Umi n Raihan












NUR RAIHAN.....! UMI RASYEEDA.....!


Anim rindu ni.....


Rindu nak teman Raihan ngan Umi solat jemaah


Rindu nak teman ibu ambik Raihan ngan Umi kat sekolah


Rindu nak tolong Raihan ngan Umi buat kerja sekolah


Rindu nak ajar Raihan ngan Umi belajar Bahasa Arab


Rindu nak nyanyi lagu Sulis ngan Raihan ngan Umi


Rindu nak tido sama Raihan ngan Umi


Anim rindu..... rindu sangat2.....


Rindu nak main gambar banyak2 ngan Umi ngan Raihan


Rindu nak suap Umi ngan Raihan makan


Rindu nak main geletek ngan Umi ngan Raihan


Rindu nak tengok Umi ngan Raihan ketawa n nangis


Rindu nak pujuk Umi ngan Raihan kalo merajok


Rindu nak jalan g J&J nagn Umi ngan Raihan


Anim rindu..... Kangen berat sangat ni.....


Umi..... Raihan.....


Raihan..... Umi.....


Anim rindu nak peluk..... Nak peluk.....! T_T


Last day tdo sama b4 balek Indonesia,
2 bulan lepas. Rindu...  (T_T)

Thursday, October 27, 2011

Aku Dan Emosi








Bila emosi mempengaruhi minda diri ini,
Maka lahirlah keluhan hati lewat kata-kata...


SENYUM


bila semua menjadi satu ,
yang masin dimaniskan ,
yang susah disenangkan ,
yang jauh dirapatkan ,
yang sulit dipermudahkan ,
yang kurang dicukupkan ,
yang sdih digembirakan ,
semuanya bahagia seperti yang didoakan .


HAIRAN


bila masa berubah ,
kebahagiaan diimpikan ,
ujian yang mendatang .
yang jernih dikeruhkan ,
yang putih menjadi hitam ,
yang hitam menjadi kelam ,
yang kelam makin tenggelam ,
dalam kepekatan malam ,
hilang dari pandangan ,
kabur segala amalan .


SEDIH


bila yang hilang terus dicari ,
kesilapan terus menghantui ,
mencari cahaya walau diterangi ,
LEKA , ALPA , SOMBONG , RIAK , MUNAFIK ,
semuanya cuba menyelubungi ,
membentuk , mempengaruh , menyelinap ,
sanubari serta sahsiah diri .
masa untuk menyendiri !


BERFIKIR


buntu menghempas bagaikan ombak lautan ,
semua pecah , semua musnah , semua harapan ,
hilang kewarasan bila nafsu diutamakan ,
bagaikan berjalan tanpa haluan ,
ku mengalih pandangan ,
ternampak satu laluan ,
terdengar azan dilaungkan ,
STOP !!
SOLAT DIUTAMAKAN :)


PASRAH


air mata berlinangan ,
mencari yang hilang walau sukar dicari ,
aku berusaha dan berserah pada ILLAHI ,
dengan kesabaran serta keikhlasan ,
demi mendapat keredhaan ,
menadah tangan memohon keampunan ,
meminta pertolongan agar ditunjukkan jalan ,
INSYA'ALLAH segalanya dipermudahkan .


GEMBIRA &TERTAWA


bila sujud kepada-NYA ,
bagaikan cahaya menyinari , 
kasih terperi menusuk sanubari ,
ketenangan dirasai jalan diberi ,
tidak lagi menyendiri ,
hanya menanti jawapan yang pasti .


ALHAMDULILLAH... :D


-anim-

Tuesday, October 25, 2011

Marah Kerana Mahabbah!


Aku marah!
Aku sangat marah!
Aku punya hak untuk marah!

Marah aku jika mereka menghina ibu bapaku
Marah aku jika mereka menghina agamaku
Marah aku jika mereka menghina murabbi ku

Marah!
Marah aku yang satu ini memang kena pada tempatnya

Aku berhak untuk marah
Kerana mereka menyakiti Kekasih ku
Aku berhak untuk marah
Kerana mereka menghina keluarga Kekasih ku
Aku berhak untuk marah
Kerana mereka menghina Sunnah Kekasih ku

Perbuatan mereka
Percakapan mereka
Sudah cukup menjadi bukti
Dulu, kini dan berterusan mereka
Menyakiti Kekasih yang ku cintai

Aku ini mungkin budak hingusan
Tapi aku punya pendirian
Jangan sesekali hati Kekasih ku kau sakitkan
Kelak kau yang akan mendapat balasan

Aku ini mungkin cetek pengetahuan
Tapi aku punya Allah yang menunjukkan jalan
Aku punya murabbi sebagai panduan
Aku punya mahabbah yang tiada batasan

Kerana mahabbah aku merasa marah
Kerana mahabbah aku takkan mengalah
Kerana mahabbah aku menggerakkan pena

Ya Rasulullah!
Aku ini manusia yang lemah
Tidak punya kekuatan untuk pertahankan mu
Tidak punya kekuatan untuk pertahankan keluarga mu
Tidak punya kekuatan untuk pertahankan Sunnah mu

Ya Rasulullah!
Pada Allah jua lah yang aku pohon
Agar dikurniakan kekuatan jiwa
Agar dikurniakan kekuatan cinta
Agar aku bisa terus gagah
Untuk mempertahankan ikatan mahabbah
Untuk mempertahankan aqidah Ahlul Sunnah wal Jamaah

Ya Rasulullah!
Hari ini
Saat ini
Hanya penulisan ku sebagai bukti
Manifestasi mahabbah ku buat Kekasih yang sejati
Moga aku masih dan tetap teguh berdiri
Mempertahankan diri mu duhai Kekasih hati

Buat yang membaca
Bukan aku sengaja biarkan api kemarahan ini terus membara
Bukan juga aku sengaja mahu menyebarkan ia
Cuma aku mahu kita semua bangun dari lena
Cukuplah memberi muka pada yang tidak punya jiwa
Sudah tiba masanya kita sedarkan mereka
Moga kita semua dipinjamkan kekuatan dari Yang Maha Kuasa
Untuk terus pertahankan Kekasih yang mulia

- anim -

Sunday, October 23, 2011

Shahadatul Haq 'Saya'.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum...


Post kali ni, SH Saya. Saya tu bukan bererti Anim punya. Tapi hanya dari pendapat Anim, skaligus ni adalah feedback untuk pemateri SH kali ni.

Tanggungjawab yang sangat menuntut kita untuk terus berkongsi dengan orang lain, kemanisan iman yang kita dah rasai. Tak adil la kalo kita dapat, tapi orang lain tak dapat. Ha, tu la sebab nya SH ni cakap wajib untuk kita gtau kat orang lain. 

Berat! Sangat berat! Tapi berat macam mana pun, kalo kita buat dengan bersungguh-sungguh n ikhlas macam Rasulullah SAW n sahabat2 buat, Syurga Allah itu menanti kita. Ingat!

Dakwah SH ini mengajak mereka yang lain juga merasakan ada tanggungjawab besar yang sebenarnya harus kita pikul untuk mendapatkan Ustaziyatul Alam itu. Kalo kita tak buat, bermaksud, kita menempah akibat buruk dan kita akan rugi lah, kat dunia n konfem kat akhirat gak.

Tanggungjawab ni takkan tertunai dengan hanya solat, zakat, puasa, pergi haji, n perkahwinan, pusaka n lain2 tu tanpa berpeluh setitik pun. Eh, tak! Tu bukan tuntutan yang SH nak.

Hak syahadah ni perlu kita laksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia, dengan amal soleh, akhlak terpuji, n pemerintahan yang adil. 

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."
(Al-Baqarah : 143)

Kita perlu menjelaskan kepada semua orang tentang kebenaran n sekaligus kita bimbing mereka untuk menghubungkan mereka ke arah hasanah dunia n hasanah akhirat yang benar.

Kalo kita tak sampaikan, kita akan dituntut oleh orang2 yang nakkan 'itu' tapi kita tak sampaikan. Allah Maha Adil, takkan menghukum mereka2 yang tak tau tu. Malah kita yang tau ni akan ditanyakan. Nak ke? Kalo tak nak, jum laksanakan tuntutan SH ni sama2.

Jangan pernah kenal dengan kata penat lelah. Tengok la Rasulullah n Sahabat, bersungguh2 sehingga Islam sangat gemilang waktu tu. Hebat! Tugas mereka dah selesai, sekarang kita pulak yang bawak tugas tu.

Kalo kita laksanakan tugas shahadah ni dengan sungguh2, kita akan terima ganjaran dari Allah (Insya Allah...), tak kira kita punya dakwah tu diterima or tidak. 

Kata Abu Al-A'la Al-Maududiyy :
Kami menyeru mereka agar;
  • menjadikan Islam sebagai agama dalam realiti hidup mereka
  • mereka berpegang dengan Islam baik secara individu atau kolektif
  • mereka mempraktikkan segala kebaikan Islam
  • membentuk hidup mereka dalam konteks individu mahupun masyarakat dengan kebaikan Islam
  • mereka melaksanakan segala rukun Islam dan menyokong segala teras Islam
  • mereka menyemai nilai mulia dan keberkatan Islam di dalam keluarga mereka, saudara2 mereka, masyarkat mereka, sekolah mereka
  • mereka mencorak urusniaga dan segala urusan ekonomi mereka menurut Islam
Wallahu'alam..
Salam

-anim-

Tuesday, October 18, 2011

Genap 20 Tahun... :(


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan nikmat untuk anim, yakni bisa bernafas di hari baru.

Sudah 20 tahun usiamu hari ini, wahai Farhaneem!

Banyak yang bagi ucapan, doa, juga hadiah yang macam2. Jazakumullahu khair semua...

Bukan nak highlight pasal tu sebenarnya.

Waktu hidup anim di dunia dah berkurang 1 tahun. Kalo waktu kecil dulu, anim suka sangat bila umur semakin bertambah. N bangga sebab dah makin dewasa.












Tapi sekarang ia menjadi sebuah renungan bagi anim...

Sampai saat ni, apa yang anim dah buat?

Sampai saat ni, adakah iman anim meningkat?

"kerana termasuk orang-orang yan rugilah yang dalam sehari, tetap imannya, atau bahkan semakin menurun..."

Ya Allah, ampunilah dosa hamba ini...

Sudah ke anim memberi manfaat kt orang lain?

Sudah ke anim membahagiakan kelaurga, ayah, ibu anim yang selalu berdoa untuk anim dalam solatnya?

Sudah ke anim buatkan ibu ayah nangis, sebab bangga ada anak seperti anim?

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... 

Kurniakanlah keberkatan dalam setiap detik hidupku. Redhailah setiap langkah hamba dalam jalan ini, untuk menjadi belalan di akhirat-Mu kelak, Ya Allah...

Terima kasih sangat2 kt sahabat2 yang mendoakan anim... Jazakumullahu khoiron katsir. :DD

Wabilkhusus, salam rindu, salam sayang buat keluarga tercinta, Ibu, Ayah, Kakak, n Adik2 ku.. korang lah penyemangat anim. :)

Teman2 akhwat, jazakumullah, sebab kalian selalu ada dan sentiasa ada untuk anim di jalan ini. 

Wallahu'alam..
Salam..

-anim-

Wednesday, October 5, 2011

Sabar Adikku Sayang :')


 بسم الله الرحمن الرحيم


Asalamu'alaikum...

Lamanya tak update blog ni. Sangat lama kot. Huhu.. Nak kata busy, tak jugak, banyak je masa free anim. Cuma takde idea nak dikaryakan kat sini. Huhu.. 

Direct je.. Ni khas untuk ain, adik anim. :)

Ain sihat? anim harap ain sihat. Iman ain apa kaba? Semoga tak lupa untuk sentiasa mencari redha Allah. (^_^)

Anim tau, ain sedih sangat. Tapi anim tau, ain jugak orang yang kuat kan. Ingat kan mesej yang anim bagi hari tu? Simpan keh, simpan dalam hati. 

Sekarang ain dah ok kan? Tapi kalo pas ni ain masih sedih, ain ingat yang Allah tu sentiasa ada untuk ain. La tahzan, Allahumma anti. Anim jauh, tapi dalam hati anim tetap ada ain. Ain nak peluk ain, tapi tak dapat. Ala, sian dia.. Peluk je bantal yang anim tinggalkan tu oh. :) 

Anim nak ain tau. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakal, husnudzon, mengakui diri sebagai hamba Allah yang lemah, mendekatkan diri kepada Allah, merasai dunia ni hanya nikmat sementara n lain-lain. Merasa diri berdosa pun sifat terpuji jugak ain. :)

".....Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran). "
(Al-A'raf : 168)

Nampak kan, Allah sayang ain n semua hambanya? Anim sayang sangat kat ain. Tapi sayang Allah kat ain, lagi best! Sayang Dia dari dunia sampai akhirat. Ain nak tak? Mesti nak kan.. Hehe.. Jadi, bersabarlah sayang. :) Allah uji sebab Allah sayang. 

Anim rasa apa yang ain rasa. Ain sedih, anim pun sedih. Tu la nama nya telepati adik bradik. Ain cool je k. Topup iman selalu. Usrah jangan abaikan. Anim sayang ain kerana Allah. Mmuahh! (^_+)














Semoga ain lebih terinspirasi lepas ni. Love u fillah sayang.

Wallahu'alam..
Salam..

- anim -

Friday, July 1, 2011

Mengapa Harus Bersedih!


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum...


Mengapa Harus Bersedih? Soalan kepada diri anim sendiri yang sejak 2 menjak ni sering menangis. Apabila kesedaran itu muncul, tahulah kita bahawa syaitan sebenarnya yang juga menjadi dalang untuk mendatangkan tahzan  dalam hati ini. 

Akhwatfillah... Janji Allah itu benar. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang telah Allah beri kepada kita, apalah sangat. Firman Allah S.W.T. :

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya."
(Ibrahim : 34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Jum! Pandang di sekitar kita. Apa yang kurang. Tak ada kan...? Segalanya cukup!

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil!

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah! 
Firman Allah :

"Jangan takut, jangan berdukacita."
(Al-Ankabut : 33)

Menagapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengannya mungkin dia tidak layak hidup di dunia ini. Masalah besar yang akan terus kita hadapi selama masih di dunia ialah hasutan syaitan dan iblis durjana. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Syaitan yang sentiasa mengajak kita melakukan kejahatan dan maksiat. Itu masalah yang sangat sangat besar! Sebab itulah, mujahadatun-nafs  adalah asas perjuangan jihad manusia di bumi ini.

Iblis telah bersumpah dengan Allah S.W.T. bahawa dia akan mengganggu, menggoda dan menyesatkan Bani Adam. Ia akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa, sehinggalah kita kembali kepada Allah. Ini sebenarnya yang dikatakan masalah yang harus dihadapai. Yang selain itu, kita anggap ia hanya asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa, akal dan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana terasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Akhwatfillah... Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah, kita berusaha, Allah jua yang menentukan. Akhir sekali, sentiasalah mengukir senyuman di bibir kita walau hati sedang berduka. (^_^)

Wallahu'alam..
Salam..

- anim -

Sunday, June 26, 2011

"RING! RING!" From My Love...

 بسم الله الرحمن الرحيم

Sebuah kisah...

A : "Weh! Kau tahu tak boyfriend aku call aku 3 kali sehari. Love of my life.." (sambil buat muka minta kaki)

B : "Oh really? Lover aku call aku 5 kali sehari.." (muka bangga)

A : "Bestnya, banyak credit lover kau?"

B : "Taklah! Ni connection wire-less.."

A : (muka tak puas hati) "Hmm.. Pukul berapa dia call?"

B : "SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada." (senyum memanjang)





Wallahu'alam
Salam


- anim -

Resah Gelisah, Gundah Gulana...


 بسم الله الرحمن الرحيم

Asalamu'alaikum...

Hati ni terdetik rasa nak luah apa yg tersurat & tersirat di dalamnya. Sebab tak tau la, sejak 2 menjak ni, asyik rasa nak nangis je. Tapi, pokok pangkal alasannya...?

Anim sendiri pun kurang tau @ tak tau langsung sebenarnya.

Semalam habis jemaah maghrib dgn akhawat se-Miqdad, anim dok sorang2 lam bilik, ngaji je la cam biasa. Pas tu, dok kt ruang tamu dgn sorang akhawat, kak long. Borak2, masing2 tak sabar nak balik Malaysia. (^_^). Hehe...

Tiba2 kak long cakap nak keluar & ajak anim sekali. Anim gn kak long memang sangat rapat. Dengan akhawat lain pun, rapat jugak sebenarnya. Al-maklum la, dah 1 rumah, dah macam keluarga sendiri. Sangat terasa ukhuwah fillah yg terikat antara kitorang.

Hmmm..... Tiba2 teringat gn 1 ayat Allah :

"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang mati syahid, dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."
(An-Nisa' : 69)

Anim harap anim dgn akhawat Miqdad & akhawat di seluruh dunia dapat bersama-sama menuju husnul khotimah. Amin.....

Sambung balik cerita... Bila dh deal nak keluar, kak long pun masuk bilik, berkemas. Tinggal la anim sorang2. Hah!!! Tiba2 anim rasa sebak sangat, terus menangis. Tak tau la kuat sangat ke anim nangis tu sebab, sampai sorang lagi akhawat, teman se-Miqdad masuk kt ruang tamu, tanya & tanya. Tapi anim sendiri tak tau nak jawab apa, sebab memang tak tau. Bila anim rasa nak nangis, anim lepas kan je la, asalkan lega.


Kitorang pun keluar bertiga. Anim, kak long & sarah, jalan, makan..... Walaupun sikit, tak banyak, lega jugak rasanya bila keluar melihat alam, ciptaan Allah,ragam manusia..... Dah lama sangat tak keluar sebab sibuk dgn study & exam.

Balik dr jalan, duduk sorang lagi dalam bilik, nangis lagi. Diri bertanya... "Duhai hati... Kenapa ni???"  Teringat, kalau berzikir, pasti sedih tu hilang. Betul.....

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd : 28)

Nyambung pulak dgn ayat ni.....

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
(Al-Fath : 4)

Untuk lebih tenang, anim pun solat sunat. Menangis, bercerita, memohon kepada Allah. Dgn cara tu, hati pun jadi lebih tenang. Alhamdulillah, Ya Allah.....

Mungkin terlalu banyak yg difikirkan, yg dipendam, yg didengarkan, sampai hati kecil pun jadi RGGG. :')  Bertindih lagi dgn ujian akhir sem 2, dgn rindu family, dgn nak balik, lagi tambah parah.

Anim harap ujian untuk mata kuliah minggu besok berjalan dgn lancar. Pas tu, boleh la packing, balik Malaysia dgn hati yg tenang. Amin.....




Wallahu'alam..
Salam..

- anim- 

Sunday, June 19, 2011

Ya Allah... I Love U 4ever...


 بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Bercinta dengan cara yang Allah cintai, pasti membuahkan bahagia.
Bercinta dengan cara yang Allah murkai, pasti mengundang sengsara.
Menodai cinta suci dengan maksiat dan nafsu diri, pasti mengundang kecewa.
Menodai cinta Ilahi dengan kehendak diri, pasti mengundang penyesalan hingga ke hujung nyawa.

Cinta, cinta, cinta, bila berbicara bab cinta ini, memang tidak akan pernah habis, memang tidak akan pernah memuaskan hati bagi pencari tegar cinta sejati, cinta sesama makhluk di muka bumi, fitrah manusia sememangnya ingin mencintai dan dicintai tetapi manusia kini bukan hanya bercinta, tetapi menambah dosa dan merasa seronok sekali.

Sedikit pun tiada rasa malu, sedikit pun tiada rasa jijik, sedikit pun tiada rasa berdosa dengan Ilahi, kerana pabila seseorang itu sedang di amuk cinta, akal tidak berguna lagi, nafsu yang memandu diri, memenuhi kehendaknya hingga tidakkan pernah merasa puas dan akan melakukannya berulang kali.

"Aku tak boleh tinggalkan dia, aku sayang sangat dekat dia, dia macam nyawa aku!"
"Aku dah buktikan cinta aku pada dia, sekarang ni, aku dah jadi milik dia."
"Sayang, I love you so much, jom dating? Abang rindulah."
"Papa, sampai hati papa tinggalkan mama! Apa yang kurang kat diri mama? Semuanya mama dah bagi kat papa!"
"Hensemnya pelajar baru tu, dah la smart, tinggi, kemas, bijak, pakej lengkap! Terbaik ni takleh lepasan peluang!"
"Awak, saya ada tulis surat khas buat awak, nanti baca k." *tersipu-sipu..berlalu pergi*

Cinta, dikalangan remaja, para belia masa kini, itulah topik terhangat bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke universiti. Ramai yang berebut, bergaduh sebab seorang perempuan, yang perempuan bergaduh bertarik rambut kerana seorang lelaki.

"Dia aku punya lah! Yang kau sibuk nak rampas dia tu kenapa?! Macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni ko nak amik!" *wrestling diteruskan*

Bagi remaja, tak boleh nak hidup tanpa cinta ni, macam satu kekosongan dalam jiwa, tak ada teman nak berkongsi, tak ada sesiapa yang memahami, semua orang ada cinta sendiri, ada boyfriend nak bawa jalan-jalan, ada teman nak bermesra, sampai rasa dunia yang punya.

Bercouple, berdating, bermesraan, bergelak-ketawa, bermanja-manjaan dan semua yang seangkatan dengannya, boleh dilakukan dengan suami atau isteri sahaja. Sebenarnya tak terhad kepada itu, selain itu ia boleh juga dilakukan bersama ahli keluarga, sahabat yang sama jantina serta adik/kakak/abang angkat yang sama jantina dengan kita. Jika lelaki, berkasih sayanglah dengan sesama lelaki, jika perempuan, berkasih sayanglah sesama perempuan, berkasih sayang dalam konteks ini bukan bermaksud berkasih sayang sampai melakukan hubungan sejenis. Tidak! Tidak! Tidak! Tetapi saling berkasih sayang kerana Ilahi, saling memperingati dan berjuang demi menegakkan Islam yang dicintai.

Cuba kita renung-renungkan balik, berkasih sayang yang dibenarkan dalam Islam adalah amat amat luas, tetapi manusia lebih cenderung memilih untuk bercinta dengan cara yang tidak Allah sukai, dengan cara bercinta dengan pasangan yang tidak halal buat diri, kalau kita tengok senarai untuk cinta yang halal, banyak sangat yang dibenarkan Islam, tetapi yang satu itu jugalah yang kita selalu lihat orang buat. Bermesra ditempat awam, lebih dasyat, bertudung dan berpimpinan tangan di khalayak umum, lebih dasyat, sampai ke hotel untuk memenuhi kehendak nafsu. Nauzubillah.....

Jika benar cinta, berkahwinlah, bernikahlah dengan pasangan itu, dari berdating, keluar berdua-duaan, berpimpinan tangan, merenung sesama sendiri dan saling berhubung dengan pelbagai kemudahan teknologi masa kini.

Sms, phone call, Yahoo Messanger, Facebook, email, Twitter, Skype dan pelbagai cara lagi. 
Adakah ini yang dikatakan bercinta sampai ke syurga?
atau ini yang dikatakan bercinta untuk berseronok sementara dan kemudian berakhir di neraka?

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Israa ayat 32).

Allah dan larang kita untuk mendekati, belum buat lagi, segala medium yang membuatkan kita semakin menghampiri zina adalah tidak dibenarkan dalam Islam.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W bersabda :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah dengan memandang. Zina lidah ialah dengan berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menurti"

Cuba kita fikirkan...

Jika asas percintaan itu rapuh, bukan berlandaskan syariat, bukan bercinta dengan cara yang Allah cintai, mungkinkah untuk kita mempunyai mahligai bahagia idaman tiap insan yang kekal bahagia hingga ke akhirat nanti? Tepuk dada tanya iman. (^_^) Cuba kita renungkan sebentar erti cinta yang sebenar.

Kita dan pasangan kita itu, ada satu kuasa yang mencampakkan rasa kasih sayang, menumbuhkan benih cinta dalam hati kita. Siapa? Siapa? Siapa?

ALLAH S.W.T.

Allah Maha Tahu tentang perihal diri kita serta pasangan kita, DIA Maha Mengetahui tentang kesukaan, kelemahan diri kita dan pasangan kita, DIA sentiasa memerhati dan pasti akan memberikan yang terbaik buat kita, DIA pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang bersefahaman dengan kita.

Tetapi...

Mengapa Dia tidak kita cintai sepenuh hati? Mengapa kita tidak mahu mendekatkan diri pada Ilahi? Mengapa Dia kita belakangi dan pasangan kita, kita dahului? Mengapa tidak kita mengharap pertolongan Ilahi, yang memegang tiap hati di muka bumi? Mengapa tidak kita MENJAGA ALLAH? Mengapa kita hanya menjaga pasangan kita? Mengapa??!

Kerana..

Nafsu dah menerajai hati, rasional akal ditolak tepi, balasan di akhirat dipandang sepi, nikmat duniawi dijunjung tinggi, semuanya bangga melanggar perintah Ilahi.

Allah Maha mengetahui bahawa cinta itu fitrah manusia, maka bernikahlah, jika tiada perancangan untuk berkahwin atau mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, elakkanlah berhubung dengan orang yang kita cintai itu. Jika benar cinta, pasti mahu sampai ke syurga, bukan berseronok sementara dan berakhir di neraka. 

Kita perlu ingat, orang yang kita cintai itu BUKANLAH MATLAMAT dalam usaha kita menggapai cinta Ilahi. Orang yang kita cintai itu, hanya salah satu medium yang Allah berikan buat kita untuk mendekatkan diri kita padaNya. Jika berpisah dengan pasangan kita, kita tidak sepatutnya sedih kerana Allah sentiasa menyediakan medium yang lain untuk kita menghampiriNya dan pasti Allah akan menggantikan dengan sesorang yang lebih baik dari pasangan yang berpisah dengan kita.

Mencari redha Ilahi adalah MATLAMAT UTAMA kita.

Cintailah Allah dengan sesungguh-sungguh cinta.
Taatilah perintahNya dan ikutilah segala laranganNya.
Jangan berlagak sombong di dunia.
Kelak merasa kerdil diri sebagai seorang hamba di akhirat sana.

Sekadar satu perkongsian buat diri agar tidak melakukan perkara yang Allah tidak sukai.

Mari kita sama-sama muhasabah diri kembali...

~JAGALAH ALLAH, dan ALLAH PASTI MENJAGAMU~



Wallahu'alam..
Salam..

- anim -