Monday, October 15, 2012

Kota Itu Berbahasa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum...

Sekadar sebuah cerita bosan yang ingin Farha kongsikan...

Sabtu wa Ahad kemarin. Farha dan Kak Long jalan-jalan refreshing ke Kota Pare. Sebuah perjalanan yang sangat mencabar dari sebelum semasa dan selepas. Pun boleh dikatakan rehlah mujahadah jugak kan, kalau perjalanan tu diniatkan kerana Allah Ta'ala dan niat ke sana pun baik. Insya Allah... :D

Sebelum menjejakkan kaki kat sini, kawan-kawan Indonesia selalu cerita, yang Kota Pare ni memang tempat menuntut ilmu berbahasa asing.

Betul, bila dah sampai, kiri kanan depan belakang, banyak sangat institut, camp, pusat tuisyen, cariklah bahasa apa pun... Sampaikan penjual bakso tepi jalan pun speaking in English. Bahasa Arab takyah cakaplah, dah macam orang Arab asli.

Salute! Subhanallah...

Alhamdulillah... Dapat kenal dengan keluarga angkat Kak Long. Sebab Kak Long pernah menuntut kat sini, ambil kelas Bahasa Arab. Alhamdulillah, dia dah mantap sekarang. :DD Hmm... Seronok sangat dapat kenal Bunda, Ayah, Algo, Dek Ad...

Dan Isnin lepas, Bunda kol Kak Long, dia cakap Dek Ad rindu Farha... :') Dalam masa sehari dah rindu merindu. Sebab keluarga tu penuh sangat dengan kasih sayang. Farha yang baru sehari sampai Pare ni, pun Bunda Ayah dah anggap macam anak sendiri. Jiran sebelah rumah, Ya Allah, Subhanallah..., baik sangat-sangat-sangat.

Ya Rabb... Rindu mereka. :'(

Eh! Farha dan Kak Long sempat dihipnotis loh. Hehe. Oleh Mr Sam. Mr. Sam pun ada cakap, kalau nak belajar ilmu-ilmu hipnotis ni, datanglah Pare, dia berbesar hati nak ajar. Sebab kebetulan course yang Farha ambil sekarang, memang sesuailah ada ilmu hipnotis tu. Insya Allah...

Dan Insya Allah Ta'ala. Farha akan datang lagi ke kota seribu bahasa ni. Nak mantapkan B.Inggeris wa B.Arab, wa ilmu hipnotis. :)) Permudahkan ya Rabb.

Salam...
- farha -