Cukuplah Allah saja yang memelihara ketekunan kita, kerana perhatian manusia terkadang menghanyutkan keikhlasan.
"Semoga Allah menjadikan kita peribadi yang bermakna : Peribadi yang saat berbaur, ia mampu menyemangati yang lain dan saat sendiri, ia mampu menguatkan diri sendiri.
Nak jadi kaunselor, memang susah. Kena banyak latihan, banyak bersabar dan banyak-banyak lagi. Sebelum perkuliahan habis hari tu, pensyarah selalu suruh buat latihan. Pendekatan ni, macam mana sesi kaunseling nya, pendekatan ni pulak lain...
(Tarik nafas dalam-dalam, hembus pelan-pelan...)
Eh, bukan mengeluh. Bukan... Tapi tiba-tiba rasa tak cukup nafas pulak.
Lumrah hidup seorang kaunselor, akan selalu dengar masalah orang, menjadi tempat pelampiasan marah orang, orang menangis kat kita, caci maki kita. Tapi takde la semua negatif. Ada je yang sangat percayakan kaunselor, dah macam saudara kandung sendiri. Eh, ada la..... Apa-apa pun, tugas kaunselor tetap harus menolong kaunseli nya memecahkan masalah mereka.
Kadang-kadang, ada jugak kaunseli yang terlalu bergantung sepenuhnya kat kaunselor. Samapai lupa Allah Yang Maha Berkuasa, lagi hebat nak bantu kita semua dalam menghadapi masalah-masalah kita ni.
Dalam sisi lain, kita selalu mengeluh, mengadu, protes kat Allah, kenapa kita yang diuji. Sebenarnya tak berat mana pun ujian yang Allah turunkan kat kita tu. Pernah ke kita diuji bagaimana Rasululah s.a.w. diuji? Kalau pun kita diuji sebagaimana Rasulullah s.a.w. diuji, agak-agak macam mana reaksi kita? Tepuk dada, tanyalah iman. :)
"Allah menguji hamba-Nya mengikut kadar kemampuan hamba-Nya."
Sebagai kaunselor, memang banyak jumpa macam-macam jenis ragam manusia, dari cara mereka pandang kita, luahan hati mereka, sikap mereka... Tapi Anim suka dengan pesanan seorang Pensyarah, yakni Dekan Fakultas Dakwah, merangkap Pensyarah mata kuliah Hadits jurusan Anim. Dia cakap :
"Walaupun diberi banyak kemarahan, janganlah dibalas dengan kemarahan. Tapi tutuplah kemarahan itu dengan senyuman..." (Bapak Aswadi)
Lega... :)
Sejak dia bagi pesanan tu, Anim selalu amalkan. Sampai kawan-kawan Anim sendiri hairan, pelik, aneh, dan segala macam perasaan yang menjadi reaksi diorang. Takpe, yang penting Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati hamba-Nya.
Dan Anim jugak selalu berpegang dengan kata-kata ni.
"Kalau kita asyik nak puaskan hati manusia, sampai tua kita takkan berjaya. Tapi untuk kita memuaskan hati Allah tu, tak kan pernah sia-sia."
Dah empat hari kita melepasi tahun baru. Dan sekarang umur Anim dah pun 21 tahun (kalau ekot tahun la...). Tapi serasa tak cukup pun amalan, ibadah, yang mana Anim seharusnya hamparkan semuanya seluas-luasnya untuk menggapai redha Allah tu. Sedih nye (T_T)... Sedangkan Anim tau yang tujuan kita diciptakan kat dunia ni untuk apa. Anim dan akhwat lain slalu je tadabbur ayat tu.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
( QS. Az-Dzariyat [51:56] )
Wahai diri! Bangkitlah! Bergeraklah demi jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Dakwah itu tak memerlukan kita pun, tapi kita sebenarnya yang memerlukan dakwah ini (kata-kata murobbi). Berebutlah untuk dapat redha Allah. Nama blog sendiri pun "Fastabiqul Khoirot"..... Tapi... :/
Sebenarnya nak crita pasal sesuatu yang semakin mendekat kat diri ni n orang lain jugak. Kalau sebut je pasal hal yang semakin mendekat ni, kalau hati kasar mesti cakap "takde apa lah!" Kalau hati nafsu pulak "toksah susah-susah nak pikir, enjoy je!" Sedangkan hati beriman biasanya akan berkata "diri ini semakin dekat dengan kematian..." Kita pulak, kategori yang mana satu? Anim sendiri???
"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
( QS. Al-Jumu'ah [62:8] )
Yang mendekat sekarang ni sebenarnya adalah imtihan, yakni exam final untuk semester ni. Insya Allah, tanggal 9 Januari nanti sampailah 20 Januari. Kadang-kadang Anim terfikir sendiri, dan mungkin orang lain pun fikir benda yang sama. Kita ni hadapi imtihan dunia secara hebat. Sangat hebat! Untuk kita 'Cemerlang! Gemilang! Terbilang!' dalam imtihan tu, banyak yang kita korbankan.
Ala... Nak contoh pulak??? Ok-ok! Contohnya, kita sanggup belajar sampai lupa makan minum, kita silent fon, off terus pun sanggup. Lagi, beli je makanan kat luar, sebab kalau masak nanti banyak buang masa kat dapur, tapi subjek masih banyak tak khatam lagi. Huhu... Mata pulak bengkak-bengkak sebab tak tidur, dan nak pulak minum kopi yang banyak caffein tu semata-mata nak stay-up malam. Aduhai...
Hebat kan? Tapi pernah ke kita hebatmacam tu untuk hadapi imtihan akhirat nanti?
Pernah ke kita tak makan minum sebab nak beribadah kepada Allah? Silent fon bila nak solat? Khatam Al-Qur'an dalam masa sehari? Stay-up untuk qiyam pulak?? Sampaikan selalu terlebih makan, solat pun lewat! Aduhai lagi...
Baru perasan kan? Kita takut sangat nak menghadapi imtihan dunia ni, exam semester je pun. Tapi kita tak gentar dengan imtihan akhirat, sedangkan mati itu benda yang PASTI!
Anim pernah terbaca blog seorang hamba Allah, tak ingat la nama dia. Dia cakap, dari yang dia baca jugak la... Kalau nak jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat, ada tips nye... Meh Anim nak share.
Orang yang menjaga waktu solatnya.
Orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha.
Orang yang selalu berselawat dan beristighfar.
Orang yang istiqomah dengan wudhuknya.
Jum jadi orang berjaya dunia akhirat! Kepada akhwat-akhwat IAIN, akhwat-akhwat yang kat Jakarta, Bandung, Jogja, Medan, kat Malaysia, Jepun, UK, US, dan semuanya, smoga berjaya dalam imtihan ni. Kita buatlah kerana redha Allah. Ok! Lagi satu, walaupun kita jauh, kita sendiri tahu, yang kita saling sayang sesama kita. :) Doa Robithah tu la buktinya. (^_^)
Anim dah tengok cite "Hafalan Shalat Delisa" ni. Sangat menyentuh hati. Sangat sedih. Akan sangat banyak mengeluarkan air mata dan harus sediakan banyak tisu kalau nak tengok cite tu. Siyes sedih sangat-sangat.(T_T)Cite ni kan kisah benar dari tragedi tsunami yang terjadi kt Aceh 26 Disember 2004 dulu. Seorang anak kecil yang selamat dari tragedi tu, kisahnya dinovelkan oleh seorang pengarang Indonesia, Tere Liye.
Sebenarnya, dalam masa yang sama, cite ni mengingatkan kita balik kat Allah SWT. Semua kejadian yang berlaku kat dunia ni dalam genggaman Allah. Yang lagi menakjubkan, semuanya memang dah tercatat dalam Al-Qur'an sebelum bencana-bencana tu terjadi. Subhanallah...
Dalam cite ni jugak, banyak lagu-lagu bahasa Aceh. Macam lagu rakyat la... Mungkin sebab penyanyi ni berasal dari Banda Aceh kot. Dan Anim pulak amat sangat terpikat dengan satu lagu dia, yang tajuk nya, Lagu Ibu. Sebab terpikat sangat, Anim pun jadikan lagu ni lagu blog Anim. :') Sedih! Lirik lagu nya... :
Dipendekkan cerita, pensyarah mata kuliah Aplikasi Komputer (Bapak Fahmi Tibyan) kelas Anim suruh buat blog sebagai tugasan. Waktu dia bagi arahan tu, Anim tak masuk kelas sebab sakit. Kawan-kawan la yang sampaikan.
Wah! Best jugak kan ada kerja rumah camni. Anim pun baru buat blog jugak sebenarnya. Lumayan sih... Hehe.
Nah, tarikh hantar tugasan ni hari ni. Sekarang sedang menunggu masa masuk kuliah ni. Pensyarah ni nak kitorang bagi alamat blog kat dia. Dia nak cek n bagi nilai atau markah yang sesuai.
Ternyata, kawan-kawan sekelas Anim, sama je cam Anim, baru nak mengenal dunia blogger. Kalau tak disuruh buat tugasan ni, mesti tak tau pun ada yang nama nya BLOG! Huhuhu. Kesian kan. Orang lain dah bertimbun post diorang, Anim masih sikit n bisa dihitung dengan jari koq. :D
Takpe, kata orang, sikit-sikit, nanti jadi bukit jugak. Ni sebagai titik tolak untuk kita sharing dengan orang lain.
Buat temen2 yang 1 kelas dengan ku, kalau mau tanya, monggo. Takok'no ae. Insya Allah, aku bantu walaupun gak banyak.Kita sama-sama masih belajar. :) Ojok rasa terbeban dengan PR kayak ngene. OK! ;)